Tuesday, June 22, 2010
Fadhilat Hari & Solat Jumaat
JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.
Kitab As Sabi' iyahti Fi Mawa'izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.
Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
"Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya." (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
"Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan." (Hadis riwayat Tirmizi). Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: "Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
"Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur."
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat. Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. "Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah."
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna. Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: "Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu." (Muttafaq 'alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama." (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi). Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai 'penghulu' segala hari.Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: "Jumaat dinamakan sebagai 'Saidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)."
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
- Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
- Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat."
- Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
- Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
- Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
Kenali Dajjal
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "Minal Munzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.
Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Sifat² Badannya: Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat
(panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua: Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat. Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.
Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja.
Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw,
menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw!
Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.
Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya: "Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?"
Nabi menjawab: "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R Ibnu Majah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka: Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam "... Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?
Nabi menjawab: "Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya: Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:
Rasulullah s.a.w. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara yg perlu diikuti supaya kita dapat selamat dari fitnah Dajjal ini. Cara-cara itu ialah:
Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta mempunyai beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya ialah buta mata sebelah kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah tentu ia dapat menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di mukanya itu. Dajjal takut kalau ada orang yg sempat memperhatikan kekurangannya ini. Oleh kerana itu apabila ia selesai memfitnah org di suatu tempat, ia akan segera beredar dari situ. Ia takut ada orang yang meneliti keaiban dan kekurangannya ini.
Kedua: Tertulis didahinya perkataan "Kafir" yang bererti ia adalah seorang kafir, di mana tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap Muslim, sama ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam tidak perlu terpedaya dgn godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.
Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, sama ada pergi ke Makkah atau Madinah atau duduk di rumah dan jgn bergaul langsung dgn masyarakat yg telah tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia menghalang golongan perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakan pengikut Dajjal ini dari kalangan orang yang jahil tentang Islam dan golongan perempuan.
Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah Al-Kahfi seperti yg disebutkan dalam hadis Rasulullah saw: "... . Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam riwayat lain, siapa yg hafal sepuluh ayat yg terakhir daripadanya.." (Hadis Sahih Muslim)
"Sejak Allah s.w.t. menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujian pun yg lebih dahsyat daripada Dajjal" H.R Muslim.
Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah meragut keimanan seseorang.
Oleh itu maka janganlah ada di kalangan ummat Islam ini yg berkata: "Saya tak apa, saya dapat melawan Dajjal" Jangan sekali-kali berkata demikian kerana sgt sedikit org yg dapat mempertahankan keimanan ketika berhadapan dgn Dajjal. Oleh itu Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah s.w.t. dari godaan Dajjal, seperti yg di ajarkan oleh Baginda dlm doa tahiyyat akhir yg sunat doa itu kita baca setiap kali kita sembahyang. Ini menunjukkan betapa besarnya fitnah Dajjal tersebut "Ya Allah aku berlindung dgn engkau daripada siksa api neraka Jahanam dan dari siksa kubur dan dari ujian dlm kehidupan dan ujian setelah mati dan juga aku berlindung dgn Engkau daripada kejahatan Al Masih Dajjal.." H.R Muslim
Friday, June 18, 2010
Batu Pijakan Nabi Muhammad SAW Saat Mi'raj
Batu Pijakan Nabi Muhammad SAW Saat Mi'raj
Batu Pijakan Nabi Muhammad SAW Saat Mi'raj (Batu Tergantung di Jerusalem)
Di tengah-tengah Masjid Qubbah Al-Shakhrah (Dome of the Rock),
terdapat sebuah batu gunung (Arab : shakhrah) berukuran kurang lebih 13,8 x 17 meter,
yang seolah-olah tergantung di udara. Subhannallah. ..
Bukti kebesaran Allah SWT, batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW di masa beliau
melaksanakan Isra Mi'raj sampai kini masih tetap melayang di udara.
Konon pada saat Nabi Muhammad akan ber-mi'raj, batu tersebut ingin ikut,
tetapi segera beliau menghentakan kakinya pada batu itu,
maksudnya agar batu tersebut tak usah ikut.
Batu gantung ajaib itu berada dalam masjid Umar (Dome of The Rock)
di Lingkungan Masjidil Aqsha di Jerusalem.
Di bawah ini adalah foto batu tergantung ajaib yg bisa lolos karena tidak diketahui oleh
pihak Israel yang menjaga tempat itu dengan sangat ketat.
<
Sampai sekarang mesjid Dome of The Rock ditutup untuk umum.
Dan Yahudi membuat mesjid lain bernama Al Sakhra tak jauh di sebelahnya dengan
kubah "emas" (yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan ke seluruh dunia dimana2).
Mesjid itu disebut sebagai Al Aqsa, dengan maksud mengelabui ummat Islam yang tidak tahu dimana
mesjid Al Aqsa yang sebenarnya. Saat ini mesjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel ,
dan rencananya mau dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka karena bersebelahan
dengan tembok ratapan.
Wallahu'alambissawa b... Allah knows best...
Thursday, June 17, 2010
Antara Cicak Dan Burung
Sejak tercetusnya perang, kita pernah ternampak mengenai "BOIKOT BARANGAN USA/ISRAEL" Mungkin ada yang berfikiran, apalah sangat kesan yang akan dirasai USA/ISRAEL jika orang Malaysia memboikot barangan mereka (seperti yang disebut oleh seorang PEMIKIR IKIM dalam Mingguan Malaysia yang menyimpulkan bahawa US/ISRAEL takkan terasa kesan hasil pemboikotan barangannya oleh orang Malaysia, dalam erti kata lain tak ada ertinya kita melakukan sedemikian.) .Itu tidak penting.
Di akhirat kelak, Allah tidak bertanya apakah pemboikotan kita berjaya menjejaskan USA/ISRAEL. Tetapi yang ditanya Allah kelak adalah, 'Apakah yang kamu lakukan untuk agama kamu ?'
Seperti sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, 'buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, 'Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak'. Lihatlah, burung sekecil ini pun mengerti akan soal ini.
Dan janganlah kita menjadi seperti cicak, yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)
Wallahua'lam.
Wednesday, June 16, 2010
Pelbagai petua
Kurangkan Kolestrol
1 :: Masak lauk + bawang belah 4.. bawang merendahkan kadar kolestrol
2 :: Kurangkan makanan berminyak.....
Naikkan berat badan
1 :: makan ayam setiap 2 hari
2 :: makan coklat setiap hari
3 :: makan aiskrim selang sehari...
4 :: minum susu coklat selalu...
Melazatkan Air Suam
1 :: Ketika anda memasak air, letakkan beberapa helai daun pandan
(bergantung kepada isipadu air) ke dalam cerek air yang hendak di masak
Setelah di masak air tersebut akan lebih wangi dan sedap pabila diminum
Hilangkan bau ketiak
1 :: Gosokkan kulit limau ketika mandi .Lama-kelamaan akan hilang.
Wangian kereta
1 :: Daun pandan : Ambil beberapa helai daun pandan segar, letakkan di
bawah kerusi atau mana2 tpt (yg tidak menyemakkan mata). Bila daun ini
sudah kelihatan kering dan tidak mengeluarkan bau lagi, tukarkan kepada
daun baru.
2 :: Sabun Dove : Sabun pembersih muka ini juga boleh dipergunakan
sebagai pewangi kereta. Beli sabun ni (yg dlm bentuk sabun buku, bukan
tiub) dan letakkan di mana2 bahagian dalam kereta... sebaik2nya di
ruang terbuka. Kalau nak kelihatan cantik, letakkan sabun ni dalam net.
Baunya lembut dan tahan lama.
Hilangkan Angin di dalam badan.
Bagi bayi
1 :: letakkan sebiji ladi itam dalam pusat baby tuu .... insya-ALLAH
kembung perut tadi akan beransur pulih.
Bagi dewasa
1 :: sapu minyak yg berangin dan pastikan anda berada diluar kawasan dikhuatiri akan menderma angin pada orang lain ....
Hilangkan Sakit perut disebabkan makanan dan minuman.
Bagi bayi
1 :: minyak telon, or minyak angin cina (cap yu yee)
Bagi dewasa
1 :: tuam pakai towel panas ke, sapu apa apa minyak angin
Ubati Asma
1 :: Makan hati unta
2 :: Makan sup sarang burung
3 :: Kurangkan mkn benda2 sejuk (sayur menjalar dan ais krim)
Elakkan sakit mental
1 :: Positive Thinking
2 :: Selalu membaca Al-Quran
Hilangkan lebam
1 :: Tuamkan dengan air panas . Lama kelamaan bahagian lebam akan
menjadi biru dah akhirnya hilang.
Hilangkan bisul
1 :: Ambil daun semalu dan tumbukkansehingga lumat kemudian sapukan di
bahagian bisul tersebut.
Cara untuk awet muda.
1 :: Sentiasa riang & senang hati... jgn suka bermuram.... senyum sokmo
2 :: Lupakan apa yg tlh berlaku ( utk elak dr stress)
3 :: Tidur awal & bangun awal akan membuat anda sihat & segar
4 :: Berat badan yg ideal
5 :: Sentiasa peka & aktif membuat sel-sel otak menjadi sihat
6 :: Sentiasa melakukan apa yg anda suka & jgn berhenti krn ia akan
membuat badan anda lemah
7 :: Sentiasa mengawal diri sendiri. jgn biarkan org lain mengawal diri
anda
8 :: Terlalu byk pil akan merosakkan badan anda. ambil yg perlu saje
9 :: Bersenam, elak dr merokok dan makanan yg boleh menggemukkan
10 :: Jgn terlalu risau akan kesihatan dan kematian.. teruskan hidup
dgn gumbira............
Kenapa Kita Mesti Berdoa?
sejak alam barzah manusia sudah disain oleh Sang Pnecipta sebagai makhluk yang mengakui adanya Tuhan Yang Maha Kuasa (Q/7:172). Oleh karena itu naluri manusia cenderung mencari perlindungan kepada Yang Maha Kuat, terutama ketika sedang merasa terancam. Bukan hanya orang beragama orang atheis pun ketika melepas prajuritnya ke medan perang, mereka mengucapkan "Semoga kalian menang perang.". Kalimat semoga adalah ungkapan religius, ungkapan doa, yakni mengharapkan campur tangan kekuatan gaib yang diyakini lebih besar dibanding kekuatan manusia.
Dalam perspektif way of life seorang muslim, kehadiran manusia dimuka bumi diberi status sebagai khalifah Allah, sebagai wakil Allah yang diberi amanat untuk menegakkan keberana dalam kehidupan manusia untuk mencvapai ridha Allah sebagai tujuan hidupnya. Untuk mencapai itu manusia diberi alat hidup, yaitu dirinya, fisik maupun psikis dan harta atau alam yang memang disediakan Tuhan sebagai fasilitas.
Dengan potensi itu manusia menjadi makhluk yang paling besar peluangnya menjadi yang terhebat dimuka bumi. Akan tetapi disis lain, manusia juga diberi status oleh Allah SWT sebagai abdun, sebagai hamba yang memiliki serba keterbatasan dan Allah tidak menciptakan manusia kecuali agar mengakui dirinya sebagai abdun, yang harus mengabdi atau beribadah, menyembah kepada Sang Pencipta (Q/51:56). Inilah status kembar manusia dihadapan Allah SWT. Di satu sisi manusia adalah besar, karena memiliki tanggungjawab dan wewenang yang besar dan menjadi wakil Allah SWT Yang Maha Besar. disisi lainnya manusia adalah kecil, karena seorang hamba yang lemah, terbatas dan hidupnya sangat bergantung kepada berbagai faktor. Manusia akan menjadi kuat apabila ia menempel kepada kekuatan Allah SWT Yang Maha Kuat. Ia selalu berkata bahwa tiada daya dan kekuatan yang effektif tanpa seizin Allah Yang Maha Agung. "La haula wala quwwata illa billah al'aliyy al'Azim. Sebaliknya manusia akan diperdaya dan dipermainkan oleh perbuatannya sendiri yang menipu, jika ia jauh dari ridha dan Rahmat Allah SWT. Allah akan mengangkat martabat manusia yang rendah hati dan akan menjatuhkan kedalam kehinaan terhadap manusia yang menyombongkan diri. Disinilah medan seni antara usaha dan doa.
Disatu sisi, al-quran banyak sekali memerintahkan manusia agar bekerja dan berusaha tetapi disisi lain al-Quran juga memerintahkan agar orang bertawakal (berpasrah diri kepada Allah SWT) atas hasil dari pekerjaan dan usahanya. Disamping menyuruh bekerja, alQuran juga menyuruhnya untuk berdoa kepada Allah SWT, disertai jaminan bahwa Allah akan mengabulkan doa manusia (Q/40:60) karena Allah SWT memang mendengarkan doa-doa hambanya(Q/14:39) Sabda Nabi, doa adalah sumsumnya ibadah, "ad du'a much chul 'ibadah."
Dalam realitas kehidupan sebagaimana yang melanda bangsa Indonesia dewasa ini bisa terjadi, banyak tentara tidak menjamin ketahanan nasional, banyak polisi tidak menjamin keamanan, banyak sumberdaya alam tidak menjamin kemakmuran, banyak orang pandai tidak menjamin keberhasilan. Dalam perspektif Islam bahwa dikatakan penentu keberhasilan pembangunan bangsa bukan ditentukan oleh unsur-unsur tersebut diatas namun oleh doa seorang hamba yang dekat kepada Allah SWT. Ada sebuah hadist, bahwa dimuka bumi ini ada beberapa orang yang penampilan "kumuh", tidak memiliki status sosial tetapi jika ia sudah menengadahkan tangannya kepada Allah SWT maka doanya itulah yang signifikan menyelesaikan masalah bangsa bukan oleh elit-elit bangsa (in aqsama 'alallah la abarruhu). Siapa orang itu? Dia adalah orang taqwa, kekasih Allah SWT tetapi ia tersembunyi identitas sebenarnya. Jika dia berada didekat kita, tak seorangpun mengenalnya, tetapi jika dia tidak ada maka ia selalu dicari-cari.
fenomena kita mengenal doa politik, ada istighotsah kubra dan doa-doa masal lainnya, yang tujuannya mencari solusi spirittual atas problem bangsa yang rumit. Mengapa doa-doa tersebut sepertinya tidak didengar? Inilah yang harus menjadi renungan kita bersama-sama, jangan-jangan doa yang kita panjatkan tidak ikhlas atau melanggar koridor sunatullah atau tidak memenuhi adabnya? Wallahu a'lam.
Tuesday, June 15, 2010
Untuk rasa lebih tenang
Untuk rasa lebih tenang dan tenteram, berhentilah berharap pada orang lain. Sebab kalau kita berharap pada orang, nanti kita akan kecewa apabila harapan kita tu tak ditunaikan.
* Kita ni memang biasanya suka sangat meletakkan harapan dan berhajat pada pertolongan orang, terutamanya apabila dalam kesulitan.
* Ini silap besar. Islam tak ajar kita berharap pada makhluk.
* Islam menyuruh kita hanya meletakkan sepenuh harapan pada Allah. Sebab hanya Allah lah yang dapat membantu kita.
* Setiap hari, kita berikrar dalam solat setidak-tidaknya 17 kali mengatakan â€Å“Hanya kepada Allah kita sembah, dan kepada Allah sajalah kita mohon pertolongan.â€�
* Habis, apa perlunya lagi kita berharap dan meminta bantuan daripada manusia lain? Sedangkan manusia itu pun berharap pada Allah juga.
* Apabila kita berharap pada orang lain, orang yang kita harapkan tu tak dapat tunaikan hajat kita, maka kita pasti kecewa, kita bengang dan kita akan terasa hati. Sedangkan itu semua adalah salah kita. Siapa suruh kita berharap pada makhluk? Itulah akibatnya…
* Jadi untuk berasa lebih tenang dan bahagia, BERHENTILAH BERHARAP KEPADA MAKHLUK, sebab itu semua hanya akan menyesakkan dada dan menyakitkan jiwa. Kita pasti akan berasa sedih dan kecewa apabila harapan kita tidak ditunaikan.
* Sebaliknya, berharaplah pada Allah. Letakkan sepenuh harapan padaNYA dan yakinlah bahawa Allah pasti akan menunaikan hajat kita. Tak cepat, lambat. Kalau bukan di sini, insyaAllah di akhirat nanti Allah balas.
Kalau pun, Allah tak tunaikan hajat kita, jangan sedih jangan gulana. Anggap sajalah bahawa Allah tak tunaikan hajat kita kerana mungkin disebabkan oleh kelemahan dan dosa-dosa yang kita telah lakukan.
* Yang penting, kita kena BERHENTI LAH BERHARAP PADA ORANG LAIN sebab ianya hanya akan mengecewakan hati anda. Percayalah. Saya dah banyak kali kecewa dan berkecil hati, sebab orang lain tak dapat tunaikan harapan saya. Sedangkan semua itu bukan salah mereka. Sebaliknya saya lah yang silap sebab mudah berharap pada orang lain. Akibatnya, saya yang kecewa dan kecil hati tak tentu pasal.
* Namun kini, saya hidup lebih tenang dan tenteram. Saya rasa lebih bahagia apabila saya berhenti berharap pada orang. Sebaliknya saya hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah pada saya. Saya yakin hanya Allah saja yang mampu bantu dan tolong selesaikan semua masalah dan tunaikan segala hajat keinginan saya. Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang, aman, tenteram dan lebih bahagia….
()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai̢۪i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..
Subscribe to:
Posts (Atom)