bila kita renungi sewaktu mentari akan meninggalkan waktu siang bila senja menyapa, lihatlah betapa indah dan uniqnya warna yang menghiasi dipelabuhan kaki langit dengan warna lembayung. pasti memukau setiap mata yang menatapnya. Subhanallah itulah kesempurnaan yang Allah ciptakan agar kita dapat menikmati akan keindahan yang tiada tandingnya dan agar kita merenung dan untuk berfikir. Yaaa...masih aku ingat tika masih kecil bila tiba waktu senja ibu akan memanggil dan menyuruh masuk ke rumah, dan lantas aku bertanya kenapa? ibu menjawab "ada hantu syaitan di luar". "Hantu syaitan siapa dorang?" balas aku. " mereka ini jahat suka ganggu kita" menerangkan pada aku. Setelah aku besar baru aku tahu apa yang ibu pernah katakan. Siapa syaitan, rupanya manusia juga ada berhati syaitan.... Dari Jabir r.a katanya: ”Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.” (Muslim) |
1. Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang
pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam.
2. Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia
2. Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia
untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke
masjid dan menunaikan solat maghrib. Maka adalah tidak wajar pada
ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah
memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu
manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment