Monday, July 26, 2010

~~~Menjaga Lisan~~~



Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita diberi 1 mulut. Kerana
mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut boleh menyakiti, membunuh,
menggoda dan banyak perkara lagi yang tidak menyenangkan. Biarlah
sedikit bicara asalkan memberi manfaat dan tidak menyakiti orang lain.

Orang yang banyak bicara bila tidak berlandaskan dengan ilmu agama akan
banyak terjerumus ke dalam kesalahan dan kesilapan. Kerana itu lebih baik
banyak diam. Bak kata pepatah lidah memang tidak bertulang. Terlajak
bicara tidak boleh diundur.

Jelas dua orang sahabat yang baik berpisah kerana lisan. Ibu bapa dan anak
yang saling menyayangi dan menghormati dipisahkan dengan lisan. Juga
suami isteri yang saling mencintai kerana lisan. Bahkan seorang muslim yang
mukmin yang suci serta bertauhid boleh rosak juga kerana lisan. Besarnya
bahaya lisan bila disalah tuturkan.

Lisan orang yang berakal berada di belakang hatinya. Bila dia ingin berbicara
dia mengembalikan ke hati terlebih dulu barulah berbicara. Bagi orang yang
jahil hati mereka berada di hujung lisan (lidah) sehingga apa saja akan di-
perkatakannya. Oleh itu berfikirlah sebelum kita mengeluarkan kata.

Rasululallah s.a.w bersabda;
" Sesungguhnya seseorang hamba Allah yang memperkatakan satu perkataan
yang mengundang redha Allah nescaya kedudukanya di sisi Allah akan di-
angkatkan beberapa darjat. Sebaliknya seseorang hamba Allah yang memper-
katakan satu perkataan yang mengundang murka Allah nescaya pasti ia akan
dicampakkan ke Neraka Jahanam."
(HR al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment