Monday, December 27, 2010
Y????....
Mengapa berlaku perpisahan setelah anda semakin intim dengan si dia?
Sebagai manusia, kita tentu ada membuat kesilapan. Langkah sebaiknya ialah mencari silap yang membawa kepada berlakunya perpisahan itu.
Kadang-kadang, kesilapan itu memang disedari cuma masih tiada jalan penyelesaiannya.
Untuk tidak mengulangi kesilapan, pelajari sesuatu daripada kesilapan itu kemudian, bertindak segera supaya tidak berterusan.
Renungkan perkara berikut jika ia pernah berlaku pada diri anda, sekali gus menjadikannya kayu pengukur supaya anda berhati-hati melakar jalinan hubungan seterusnya.
# Si dia tidak menyintai aku
Perasaan kasih dan sayang memang perlu wujud bagi setiap pasangan yang mengaku dilamun cinta.
Ingin tahu sejauh mana kasih dan sayang si dia, anda pun menguji dirinya.
Malangnya, setiap ujian diberi memberikan jawapan mengecewakan. Lantas anda mula ragu-ragu walaupun sudah berulang kali si dia melafazkan kasih sayangnya. Anda sangka menguji si dia dapat membantu, tetapi berlaku sebaliknya.
# Si dia tidak memenuhi syarat
Jika ditanya, banyak syarat untuk si dia, antaranya tampan, bergaya, kaya, jujur, penyayang, bertahi lalat, penyabar dan bermisai.
Tetapi pertama kali bertemu, hati sudah terpaut. Jantung bergetar setiap kali bertentang mata dengannya.
Saat itu, syarat ditetapkan bukan lagi menjadi ukuran lalu anda mula berkata pada diri sendiri, si dia di depan mata kini bukanlah kekasih yang dicari selama ini.
Sebenarnya anda keliru. Syarat yang ditetapkan hanya impian yang memang ada pada naluri setiap manusia. Sekiranya anda terus mencari kekasih yang dapat memenuhi syarat itu, sampai bila-bila pun anda mungkin tidak akan menemuinya.
# Terpaksa berpura-pura
Memang bahagia jika anda dan si dia sering sehaluan. Apa saja yang dibuat semuanya senada dan seirama. Ini yang dikatakan sehati sejiwa terutama dalam soal percintaan.
Diajak makan di restoran atau menonton wayang, dia mengangguk. Tiada langsung bantahan, tetapi adakah ia benar pada hakikatnya?
Atau anda terpaksa berlakon sekadar memuaskan hati masing-masing?
Sebenarnya anda menyembunyikan 'identiti diri' sendiri kerana apa saja yang diputuskan, anda mengiyakan saja. Sepatutnya anda tidak perlu berpura-pura demi menjaga hati masing-masing. Berterus terang antara jalan terbaik untuk menjaga hubungan dengan si dia.
# Aku boleh jadikannya kekasih pilihan hati.
Sebelum menjalinkan percintaan, mungkin anda sudah ada senarai mengenai beberapa perkara yang perlu diubah dalam dirinya.
"Aku mahu dia menjadi kekasih terbaik untuk diriku." Itu janji anda pada diri sendiri.
Anda memang boleh berbuat demikian, tetapi tidak dalam semua perkara. Anda tidak boleh sentiasa berkeras dan tidak perlu memberitahunya setiap lima minit mengenai perkara yang anda tidak sukai.
Jika masih ingin mengubahnya, perubahan itu mestilah disertai sokongan moral anda sendiri. Dorongan itu akan lebih meyakinkan dirinya.
# Dibiarkan sendiri
Sejak bercinta, anda sering bersama si dia. Apabila ada salah faham, ia menyebabkan pertengkaran. Ini antara kesilapan yang sering dilakukan setiap pasangan dan kesudahannya pasti berakhir dengan kemusnahan.
Anda sebenarnya dipengaruhi perasaan 'takut' kerana anda menganggap si dia sebagai pelindung lalu perasaan bimbang mula menguasai diri setiap kali berenggang dengannya.
Anda sepatutnya bertanggungjawab untuk membentuk kegembiraan pada diri sendiri. Belajar berdikari dan pasti anda akan menjadi kebanggaannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)